Kelas Asas ICT Microsoft Word

25 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 24 September 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas ICT Microsoft Word. Kelas ini telah diadakan pada jam 2.00 petang hingga 4.00 petang dan disertai seramai 4 orang pelajar sekolah rendah sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan peserta dengan cara membuka dokumen baru. Selain itu, peserta juga telah diajar cara memanfaatkan komponen yang terdapat dalam Microsoft word dan sekaligus membantu peserta untuk menguasai kemahiran menaip. Dalam kelas ini, peserta juga telah diarahkan untuk menaip maklumat peribadi mereka sendiri seperti nama penuh, alamat dan sebagainya. Sebagai aktiviti tambahan, pelajar telah ditayangkan video Klik Dengan Bijak iaitu Maklumat Palsu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan tanyangan video Klik Dengan Bijak
2. Pengenalan kepada Microsoft Word
3. Latihan kepada Microsoft word
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali